Takut, sedih, hiba, apabila teringatkan mati. Bagaimana dengan amalanku. Adakah sudah cukup untuk bertemu denganmu ya Allah? Subhanallah.Hanya diri-Mu yang mengetahui. Semoga bertambah amalanku. Seterusnya menjadi hamba-Mu yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Alfatihah buat kakanda Salwah bt. Jamil semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman Amin.Beliau telah meninggalkan kita buat selamanya.Rindu mula menerjah ke dalam perasaanku. Dalam usia yang masih muda kakanda telah pergi. Barah tulang menjadi asbab pemergianmu. Tak terfikir keturunan kita menghidapnya. Allah jua yang mengetahuinya.
Rabu, 1 Disember 2010
Isnin, 22 November 2010
Syabas! Skuad Takraw Malaysia di Goungzho China
Syabas! Kepada pemain skuad takraw Malaysia yang berjaya meraih Perak di Goungzho.Semoga gigih lagi pada masa akan datang agar berjaya menggodol emas.
Sepak Takraw
Permainan sepak takraw di negara kita semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Ini terbukti dengan soal selidik yang sempat saya buat daripada 30 orang awam yang berkunjung ke Pusat Sukan Pagoh baru-baru ini. Kebanyakan mereka mengatakan publisiti yang terancang tidak dibuat. Misalnya siaran langsung atau ulangan terlalu sukar dipaparkan kepada tontonan awam. Hal ini merupakan punca utama menyebabkan sukan ini semakin tidak diminati.Apabila sukan ini sentiasa ditontonkan kepada orang ramai khususnya generasi baru maka tidak hairanlah ia akan diminati kembali. Namun yang berlaku hanya bola sepak dan sukan-sukan lain sahaja yang mendapat liputan yang meluas.
Langgan:
Ulasan (Atom)
