Isnin, 29 Julai 2013

Hari ini 20  Ramadan, bermakna sudah 20 hari aku dan keluarga berpuasa. Damia cergas seperti biasa. Nabil keletihan sehingga tertidur di hadapan televisyen. Aqil, biasalah baru 5 tahun masih belum faham agaknya. Takpelah tahun mungkin dah boleh pose kot. Alamak gambar ni je



Rabu, 1 Disember 2010

Mati

Takut,  sedih, hiba, apabila teringatkan mati. Bagaimana dengan amalanku. Adakah sudah cukup untuk bertemu denganmu ya Allah? Subhanallah.Hanya diri-Mu yang mengetahui. Semoga bertambah amalanku. Seterusnya menjadi hamba-Mu yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Alfatihah buat kakanda Salwah bt. Jamil semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman Amin.Beliau telah meninggalkan kita buat selamanya.Rindu mula menerjah ke dalam perasaanku. Dalam usia yang masih muda kakanda telah pergi. Barah tulang menjadi asbab pemergianmu. Tak terfikir keturunan kita menghidapnya. Allah jua yang mengetahuinya.

Isnin, 22 November 2010

Syabas! Skuad Takraw Malaysia di Goungzho China

Syabas! Kepada pemain skuad takraw Malaysia yang berjaya meraih Perak di Goungzho.Semoga gigih lagi pada masa akan datang agar berjaya menggodol emas.

Sepak Takraw

Permainan sepak takraw di negara kita semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Ini terbukti dengan soal selidik yang sempat saya buat daripada 30 orang awam yang berkunjung ke Pusat Sukan Pagoh baru-baru ini. Kebanyakan mereka mengatakan publisiti yang terancang tidak dibuat. Misalnya siaran langsung atau ulangan terlalu sukar dipaparkan kepada tontonan awam. Hal ini merupakan punca utama menyebabkan sukan ini semakin tidak diminati.Apabila sukan ini sentiasa ditontonkan kepada orang ramai khususnya generasi baru maka tidak hairanlah ia akan diminati kembali. Namun yang berlaku hanya bola sepak  dan sukan-sukan lain sahaja yang mendapat liputan yang meluas.